Asas Keusahawanan - Soft Skills
23 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 Disember 2019 baru-baru ini, PI Meradong telah menjalankan satu aktiviti soft skills iaitu Pembentangan Tugasan Produk Saya. Kelas ini dihadiri seramai 4 orang peserta.Pada hari tersebut, peserta telah diajar bagaimana untuk memasarkan produk pilihan masing-masing dengan menggunakan Ms. Power Point. Terlebih dahulu, peserta diajar elemen-elemen penting yang perlu diterangkan di dalam slide pembentangan produk masing-masing. Setelah semua peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan, peserta akan menyiapkan tugasan dan kemudiannya membentangkan hasil kerja di hadapan peserta lain dan staf Pusat Internet.
Setiap peserta diberi tugasan untuk memilih satu produk untuk dipasarkan dan mereka dikehendaki untuk memasarkan produk masing-masing bagi meningkatkan keyakinan diri untuk berdiri di khalayak ramai dan memantapkan soft skills masing-masing. Diharapkan program seperti ini dapat membantu anak-anak muda untuk berani menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: